Langkah-Langkah Untuk Mendaftar
Lesen PSV E-Hailing | Bolt Driver

Berita baik untuk semua pemandu kereta di luar sana!

 

Bolt Driver kini telah dilancarkan di kawasan Lembah Klang! Ini peluang anda untuk membawa penumpang dan menjana pendapatan tambahan sebagai rakan pemandu Bolt Driver.

 

Untuk menjadi pemandu e-hailing yang sah di Malaysia, anda mesti memiliki lesen PSV (Public Service Vehicle).

Apa itu lesen PSV (Public Service Vehicle)?

Lesen PSV adalah lesen khas yang diperlukan untuk pemandu kenderaan perkhidmatan awam seperti e-hailing di Malaysia. Lesen ini dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan wajib dimiliki oleh pemandu yang membawa penumpang secara berbayar.

Tanpa lesen PSV, anda tidak dibenarkan membawa penumpang!

Jenis-jenis lesen PSV:

  • PSV E-Hailing: Untuk pemandu perkhidmatan seperti Bolt Driver
  • PSV Bas: Untuk pemandu bas sekolah, bas kilang, atau bas awam.
  • PSV Teksi: Untuk pemandu teksi.

Cara memohon lesen PSV:

Anda boleh memohon Lesen PSV dengan kami. Untuk memiliki lesen PSV, anda perlu melalui beberapa langkah penting. Proses ini memastikan anda layak, berkemahiran, dan boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Langkah-langkahnya:

1. Pemeriksaan Kesihatan

Anda boleh lawati Poliklinik Vista Sg Besi yang beralamat di B1-G-2 , Residensi Bandar Razak, Jalan Razak Mansion, 1, Sungai Besi Expy, 57100 Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menggunakan Borang JPJ L8A. Pastikan borang diisi oleh doktor dan disertakan resit rasmi.

2. Permohonan Lesen PSV

Daftarkan diri di institut memandu atau Pejabat JPJ yang menyediakan perkhidmatan ini. Dokumen yang diperlukan:

  • Yuran pendaftaran RM 85 sahaja
  • MyKad (asal & salinan).
  • Lesen memandu (asal & salinan).
  • Borang JPJL8A.
  • Gambar bersaiz pasport berlatar belakang putih.

3. Hadir Kursus PSV E-Hailing

Ikuti kursus selama 6 jam di pusat latihan yang diiktiraf oleh JPJ. Kursus ini meliputi topik keselamatan, undang-undang jalan raya, dan perkhidmatan pelanggan. Selepas tamat, anda akan menerima:

  • Sijil JPJ L2C.
  • Maklumat pendaftaran.

Bersedia untuk menjadi pemandu Bolt Driver!

Lesen PSV bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang, malah memastikan anda layak dan bertanggungjawab sebagai pemandu e-hailing. Jika anda telah memiliki lesen PSV, anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan anda dengan Bolt Driver dan menjana pendapatan tambahan!