Servis Driver

Urusan Driver, Dipermudahkan

Kami gabungkan servis yang berkaitan supaya anda tak perlu buka terlalu banyak page.

Lesen PSV

Belum ada PSV?

Lesen PSV-D yang sah diperlukan untuk memandu e-hailing. Panduan rasmi Bolt menyatakan pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, mempunyai CDL yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun, menjalani pemeriksaan perubatan, menghadiri kursus PSV 6 jam dan melengkapkan proses JPJ semasa.

  • PSV sah untuk pemanduan e-hailing.
  • Perlu diperbaharui setiap tahun.
  • Pastikan dokumen dan proses JPJ semasa dipatuhi.
Lesen PSV
Urusan Kenderaan

PUSPAKOM, insurans, EVP & tukar kereta — satu tempat

Semua keperluan kenderaan kami satukan kerana prosesnya saling berkaitan.

01

PUSPAKOM

Sijil pemeriksaan diperlukan untuk kenderaan berusia 3 tahun atau lebih. Ia mengesahkan pematuhan keselamatan dan alam sekitar.

02

Insurans E-Hailing

Perlindungan insurans e-hailing adalah wajib untuk semua pemandu yang menjalankan aktiviti e-hailing di Malaysia.

03

EVP & Tukar Kereta

Satu kereta sahaja boleh aktif pada satu masa. Permohonan kereta baharu memerlukan road tax, VOC/geran, insurans e-hailing dan PUSPAKOM jika berkenaan. Semakan biasanya 5–7 hari bekerja.

Servis Tambahan

Kereta sewa & sticker Bolt

Untuk driver yang belum ada kenderaan atau mahu mohon program sticker.

Maklumat di halaman ini diringkaskan untuk rujukan pemandu. Polisi dan syarat boleh berubah dari semasa ke semasa.