Urusan Driver, Dipermudahkan
Kami gabungkan servis yang berkaitan supaya anda tak perlu buka terlalu banyak page.
Belum ada PSV?
Lesen PSV-D yang sah diperlukan untuk memandu e-hailing. Panduan rasmi Bolt menyatakan pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, mempunyai CDL yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun, menjalani pemeriksaan perubatan, menghadiri kursus PSV 6 jam dan melengkapkan proses JPJ semasa.
- PSV sah untuk pemanduan e-hailing.
- Perlu diperbaharui setiap tahun.
- Pastikan dokumen dan proses JPJ semasa dipatuhi.
PUSPAKOM, insurans, EVP & tukar kereta — satu tempat
Semua keperluan kenderaan kami satukan kerana prosesnya saling berkaitan.
PUSPAKOM
Sijil pemeriksaan diperlukan untuk kenderaan berusia 3 tahun atau lebih. Ia mengesahkan pematuhan keselamatan dan alam sekitar.
Insurans E-Hailing
Perlindungan insurans e-hailing adalah wajib untuk semua pemandu yang menjalankan aktiviti e-hailing di Malaysia.
EVP & Tukar Kereta
Satu kereta sahaja boleh aktif pada satu masa. Permohonan kereta baharu memerlukan road tax, VOC/geran, insurans e-hailing dan PUSPAKOM jika berkenaan. Semakan biasanya 5–7 hari bekerja.
Kereta sewa & sticker Bolt
Untuk driver yang belum ada kenderaan atau mahu mohon program sticker.
Perlukan kereta?
Kereta sewa boleh digunakan jika memenuhi syarat kelayakan Bolt dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Mohon Sticker Bolt
Buka halaman permohonan sticker untuk semak kempen dan syarat semasa.
Maklumat di halaman ini diringkaskan untuk rujukan pemandu. Polisi dan syarat boleh berubah dari semasa ke semasa.
