Panduan Driver

Panduan Bolt Yang Ringkas & Terkini

Maklumat penting untuk pemandu kami ringkaskan dalam satu page supaya lebih mudah dirujuk.

Syarat & Dokumen

Sebelum daftar, semak 2 perkara ini dahulu

Syarat asas

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Umur minimum 21 tahun.
  • Rekod jenayah bersih.
  • E-mel aktif dan nombor telefon Malaysia.
  • Kenderaan memenuhi syarat APAD dan JPJ.

Dokumen utama

  • MyKad / NRIC.
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) Malaysia.
  • Lesen PSV-D yang sah.
  • Foto profil yang jelas.
  • Insurans e-hailing.
  • Geran / VOC kenderaan.
  • Sijil PUSPAKOM jika berkenaan.
Kenderaan: hanya kenderaan berusia kurang daripada 15 tahun diterima. Road tax dan insurans mesti masih sah. PUSPAKOM diperlukan untuk kenderaan 3 tahun atau lebih.
Proses Daftar

Dari borang hingga akaun aktif

01

Isi maklumat

Gunakan e-mel aktif dan nombor telefon Malaysia.

02

Sediakan dokumen

Pastikan foto dokumen jelas, lengkap dan masih sah.

03

Semakan

Selepas dokumen lengkap dihantar, proses semakan boleh mengambil sehingga sekitar 3 hari bekerja.

04

Kenderaan & EVP

Permohonan / pautan kereta baharu biasanya disemak dalam 5–7 hari bekerja.

Jika dokumen sudah lengkap, pengisian pendaftaran asas boleh disiapkan dengan lebih cepat sebelum proses semakan diteruskan.
18.5%Komisen semasa untuk setiap trip selesai di Malaysia. Baki 81.5% dikreditkan ke akaun driver.

Apa yang driver perlu tahu?

  • Komisen terpakai untuk trip tunai dan kad.
  • Tiada komisen pada tips, bonus, tol dan fi tempahan lapangan terbang KLIA2.
  • Komisen dikira automatik dan boleh dilihat dalam tab Earnings.
  • Yuran pembatalan RM3 dibayar kepada driver untuk pembatalan penumpang selepas 5 minit, bagi trip kad sahaja.
BUDI95

Subsidi petrol untuk driver e-hailing yang layak

Bolt berkongsi data mileage dengan APAD untuk pengesahan kerajaan, jadi driver tidak perlu menghantar log jarak secara manual. Kelayakan tambahan bergantung pada jumlah perjalanan bulan sebelumnya merentas platform e-hailing berdaftar.

  • Perlu warganegara Malaysia dengan MyKad sah.
  • Perlu lesen PSV e-hailing yang sah.
  • Perlu EVP yang sah.
  • Kuota tambahan e-hailing biasanya dikemas kini sekitar pertengahan bulan berdasarkan prestasi bulan sebelumnya.
BUDI95
FAQ

Soalan paling kerap ditanya

Kereta berapa tahun boleh daftar?

Kenderaan mestilah berusia kurang daripada 15 tahun untuk memenuhi syarat pendaftaran semasa.

Kereta 3 tahun perlu PUSPAKOM?

Ya. Sijil PUSPAKOM diperlukan apabila kenderaan berusia 3 tahun atau lebih.

Boleh aktif lebih daripada satu kereta?

Tidak. Satu kereta sahaja boleh aktif pada satu masa. Jika mohon kereta baharu, proses pembatalan EVP kereta lama perlu diuruskan.

Boleh guna kereta sewa?

Boleh jika kereta memenuhi syarat kelayakan, disertakan bukti seperti surat perjanjian dan diklasifikasikan sebagai kenderaan persendirian.

Berapa komisen Bolt?

Kadar semasa yang dinyatakan Bolt Malaysia ialah 18.5% bagi setiap trip selesai.

Dokumen ditolak macam mana?

Semak sebab penolakan dalam Portal Pemandu / aplikasi dan hantar semula dokumen yang betul. Anda juga boleh guna halaman Bantuan di website ini.

Maklumat tertakluk pada perubahan polisi, syarat pendaftaran dan garis panduan semasa.